Pages


hii, Assalammualaikum muka rindu HZA , ye memang rindu HZA pun , birthday HZA dah nak dekat laa , alaa hadiah untuk HZA tak belikan lagi , HZA ajak keluar pun qyla tak boleh , maklum laa qyla perempuan so susah nak keluar ke sana sini . kadang kadang kesian jugak dekat my HZA dia ajak keluar je mesti qyla ada ni laa tu laa , macam macam alasan qyla bagikan , tapi qyla cadang weekend nanti nak keluar , celebrate your birthday , tapi qyla tak tahu laa lagi , qyla takut qyla ada aktiviti , yelaa qyla sekarang tengah buat duit every weekend , so macam busy laa sikit . HZA sabar ok , insyaAllah satu hari qyla akan ajak HZA keluar , btw nanti your handphone topap ok , bulan march mesti kena mesej , hehehe . excited pulak qyla nak celebrate birthday HZA and me , 07.03 / 11.03 yeahh , birthday boy and girl . hehehe . 

hii, Assalammualaikum pada 26.02 adalah hari kelahiran ibu , dan tanda qyla teramat sayangkan ibu , adik dan kakak telah pos hadiah istimewa untuk ibu . semalam tepat hadiah tu sampai , lepas tu ibu mesej qyla cakap thank you , qyla saja cakap thank for what ni ? saja macam buat takde pape , hahaha then ibu cakap hadiah laa , alaa saja je buat buat tak tahu , qyla terus gelak gelak . adik harap ibu suka laa dengan hadiah kiteorang bagi , kiteorang dah tak de idea nak bagi , itu semua fikir last minutes , dan untuk pengetahuan ibu , hadiah tu , adik dengan kakak je tau , abang tak masuk campur . ibu adik orang first wish kan ? haha , qyla sanggup tunggu tepat pukul 12 tengah malam untuk jadi orang yang pertama wish birthday ibu . adikk sayang ibu yang teramat sayang . nanti bila pakai barang yang kitaorang bagi tu , take picture tau ibu , adik nak tengok ibu adik yang comel lote ni .

hii, Assalammualaikum hari yang paling bersejarah bagi family qyla ,  pada hari Khamis 21.02.2013 , ibu qyla telah kemalangan , masa tu ibu qyla baru balik dari sekolah , baru je lepas keluar sempang , tiba tiba malang tak berbau , sebuah lori sampah yang bongok hilang kawalan , dan terus merempuh kereta Alza ibu , kata pemandu lori itu , stering lorinya rosak , tak tahu laa betul or tidak . kiranya lori itu langgar kereta ibu qyla kuat laa teramat , coz airbag dekat depan dua dua terkeluar , dan Alhamdulillah ibu qyla tak teruk , cuma ada bengkak bengkak , lebam lebam . qyla pun risau jugak dengan keadaan ibu . now kereta alza telah pun dihantar ke pusat servis selama sebulan . ibu cakap nasib laa tak bawa kereta Honda , kalau bawak honda nak hantar pi baiki lagi mahal . apa apa je laa ibu , asalkan ibu kesayangan adik nie tak teruk . itu kalau qyla ada dekat sebelah ibu tu , mesti qyla terjerit jerit , maklum laa qyla ni bab bab kemalangan gementar oo and mesti demam lama , coz terkejut . hmm harap ibu bersabar ok . adik sayang ibuu .
 
hii, Assalammualaikum lama dah tak berblogging , ini pun update atas permintaan HZA , boleh laa update hari ni coz dapat mc , demam punya pasal . tahun nie je dah berapa kali qyla demam , my HZA pun dah pot pet pot pet , tahun lepas qyla demam asik kena masuk wad coz air dalam badan tak cukup , tahun nie demam tak masuk wad lagi , cuma vitamin A qyla tak cukup , itu yang selalu membuatkan qyla lemah . macam macamkan berlaku dengan qyla , apa mahu buat redha je laa , itu semua Tuhan nak menguji qyla . hmm , muka qyla nampak sihat , tapi sakit belah dalam kita tak tahu , bak kata nenek qyla : sekolah sekolah jugak , kesihatan diri tu pun kena jaga , betul jugak kata nenek qyla . sekarang pun berat badan qyla dah menurun dengan banyak , semua sebab asik sakit , yelaa bila dah tak sihat , makan pun dah tak de selera . hmm hanya mampu bersabar jelaa qyla ini , itu semua dugaan .